Saturday 11 February 2012

Jom Duduk Sebentar, Beriman Sejenak

Salam'alaykum semua.

Sedikit peringatan yang ingin cikgu kongsikan bersama.

Dalam kesibukan kita semua bekerja dan menuntut ilmu setiap hari, seharusnya kita perlu senantiasa tajdid niat kita, iaitu perbetulkan niat kita.
Supaya setiap pekerjaan atau amalan yang kita lakukan, tidak berlaku dengan sia-sia.
Dan setiap orang itu pula mendapat balasan sesuai dengan niatnya.

Sebagai contoh:

1) Sekiranya kita hanya makan tanpa disertai niat keranaNya, kita akan hanya dapat kenyang. Tetapi, sekiranya kita makan dengan niat kerana Allah dan semoga Allah memberi tenaga untuk kita terus beramal serta bekerja, kita akan dapat pahala + kenyang.
Ini kerana, setiap amalan itu bermula dengan niat.

2) Sekiranya kita bertungkus-lumus belajar tanpa disertai niat keranaNya, kita hanya faham dan berjaya atas izin Allah. Tetapi, sekiranya kita bertungkus-lumus belajar disertai dengan niat keranaNya, insyaAllah kita akan dapat pahala + kefahaman dan kejayaan dengan izinNya.

Jom kita muhasabah diri kita...


Setiap hari, kita perlu senantiasa mengingati Allah.
Janganlah kita menjadi robot dek kerana sibuk dengan urusan dunia.
Wahai pelajar-pelajar semua, letaklah Allah no 1 walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment